CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 1, 2007

Tyrannosaurs



Tyrannosaurus (IPA pronunciation / or /taɪ-/, bererti 'mengkarung zalim') merupakan genus theropod dinosaur theropod. Spesies Tyrannosaurus rex, biasanya diringkaskan kepada T. rex, merupakan salah satu dinosaur yang paling menonjolkan diseluruh dunia. Ia berasal dari apa yang kini dikenali sebagai bahagian barat Amerika Utara. Sesetengah pakar sains menganggap Tarbosaurus bataar dari Asia sebagai mewakili spesies kedua Tyrannosaurus, sementara yang lain menegaskan bahawa Tarbosaurus sebagai genus berlainan.

Sebagaimana tyrannosaurid lain, Tyrannosaurus merupakan pemaging berkaki dua dengan tengkorak yang besar diimbangkan oleh ekor yang panjang dan berat. Dibandingkan dengan kaki belakang yang besar dan berkuasa, tangan hadapan Tyrannosaurus adalah kecil dan mempunyai hanya dua jari. Sungguhpun theropod lain menyaingi atau lebih besar berbanding T. rex dari segi saiz, ia merupakan tyrannosaurid terbesar yang diketahui dan salah satu pemangsa daratan yang diketahui, berukuran melebihi 13 meter (43 kaki panjang dan berat sehingga 6.8 tan metrik (7.5 tan pendek).

Fosil T. rex telah dijumpai di formasi batu Amerika Utara bertarikh sejak tiga juta tahun dahulu dalam tempoh (Cretaceous) pada akhir Maastrichtian stage, sekitar 68.5 hingga 65.5 juta tahun dahulu; ia merupakan antara dinosaurs terakhir wujud sebelum kejadian kepupusan (Cretaceous-Tertiary). Lebih dari 30 T. rex spesimen telah dikenal pasti, sesetengahnya adalah rangka yang hampir lengkap. Sesetengah penyelidik mendakwa turut menjumpai tisu lembut. Banyaknya jumlah bahan fosil membolehkan penyelidikan mendalam mengenai banyak aspek mengenai biologinya, termasuk sejarah hayat dan biomekanikal. Tabiat makan, fisiologi (physiology) dan potensi kepantasan T. rex adalah beberapa topik yang kekal dipertikaian.



(Wikipedia)

0 comments: